Aksi aksi Pengakap Remaja Sabah di Ujian Penaraf Pengakap Raja Sabah 2019
Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan sabah telah mengadakan Kem Ujian Penaraf Pengakap Raja Negeri Sabah. Tujuan kem ini adalah bagi menguji sejauh mana kefahaman, kepimpinan Pengakap Remaja semasa mereka berada di kumpulan dan diakui oleh Pemimpin yang melatih mereka seterusnya dicadangkan ke Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri untuk menghadiri Kem Ujian.