'On the Air' di Daerah Kota Tinggi - JOTA-JOTI 2019
KOTA TINGGI: 19 OKTOBER 2019
Unit beruniform Pengakap SMK Taman Kota Jaya telah berjaya menganjurkan program yang dinamakan Program 62 Nd Jamboree On The Air (Jota) & 23rd Jamboree On The Internet (Joti) Peringkat Daerah Kota Tinggi sempena minggu ke 3 bulan Oktober setiap tahun yang dikelolakan oleh WOSM. Program ini disertai oleh ahli-ahli Pengakap dari sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kota Tinggi seramai 270 orang yang terdiri daripada 62 orang pemimpin, 5 orang dari JASRA (Jalur Selatan Radio Amatur), 18 buah sekolah rendah, 7 buah sekolah menengah juga disertai oleh 4 buah sekolah dari Daerah Mersing.
Menurut En. Mohd.Haironizam bin Mohd. Hamzah yang bertindak sebagai Pengarah Program menjelaskan bahawa program ini mampu menambah pengetahuan pelajar berkaitan cara-cara berkomunikasi dengan rakan-rakan pengakap khasnya di seluruh dunia. Program ini turut memberi peluang dalam kalangan warga pengakap merapatkan hubungan persaudaraan Pengakap yang mampu melangkaui sempadan benua. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti aktiviti di Based Station iaitu VHF- Very High Frequency, HF- High Frenquency Simplex, Joti- Jamboree On the Internet MOP, aktiviti di Fun Zone iaitu permainan dam haji dan robotic. Selain itu terdapat juga Pameran Koleksi Hobi, jualan cenderamata dan aksesori pengakap.
Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Khairuddin Bin Mustapha, Pengetua SMK Taman Kota Jaya yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Daerah Kota Tinggi, En.Rizal Bin Abdullah, wakil PPD Kota Tinggi En.Hishamuddin Bin Othman dan Penolong Pesuruhjaya-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi. Program seperti ini diharap dapat dilaksanakan lagi pada tahun depan dengan penyertaan yang lebih besar di peringkat negeri.