(9M4SJSD) JOTA JOTI JAMBOREE

(9M4SJSD) JOTA JOTI JAMBOREE

Jamboree On The Air (Jota), Jamboree On The Internet (Joti) merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun serentak diseluruh dunia. Program kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 18 hingga 20 Oktober 2019. Stesen yang saya ikuti ialah (9M4SJSD) Jota Joti Jamboree yang bertempat di Nature Park Sandakan. Seramai 500 orang peserta dan petugas iaitu, seramai 413 orang peserta yang terdiri daripada pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja dan pengakap kelana, 30 orang pemegang lesen radio amatur, 30 orang kelab rekreasi luar dan 27 orang pengakap kelana Sebagai petugas termasuk saya sendiri. Jota Joti ini memberi peluang kepada peserta untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pengakap yang berada di seluruh dunia dengan menggunakan radio amatur. Semasa perkhemahan ini di berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti tambahan seperti semaphore, orienteering dan jungle tracking. Kesimpulannya, program sebegini memberikan individu tersebut mendapat pelbagai pengalaman yang menarik dan mereka juga turut dapat mengetahui dan mengenali kehidupan rakan-rakan pengakap di seluruh dunia.
Started Ended
Number of participants
500
Service hours
9000
Location
Malaysia
Topics
Global Support Assessment Tool
Communications and Scouting Profile
Partnerships

Share via

Share