SESI PENILAIAN DAN PERBENTANGAN SCOUT OF THE WORLD AWARD
Pada 5 September 2020, telah diadakan Penilaian dan Perbentangan Projek Scout Of The World Award Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Kem Kijang Kota Bharu Kelantan. Pasukan kami iaitu dari Projek Madrasah For Us (MAFUS) adalah satu satunya kumpulan yang berjaya menyiapkan projek SWA pada tahun ini dan telah mendapat jemputan untuk menghadiri ke sesi penilaian ini . Syukur Alhamdulilah.
Penilaian ini dibuat secara viva dan telah disaksikan oleh beberapa wakil pengakap kelana dari seluruh daerah di Negeri Kelantan. Panel yang menilai projek kami terdiri daripada 4 orang ahli Lembaga Penilaian SWA iaitu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan. Tuan Hj Mohamad Nadree Bin M.Saleh, Pengerusi program Pengakap Negeri Kelantan, Encik Sheriin Bin Shamsudin, Pengerusi latihan pengakap Negeri Kelantan , Encik Mohamad Zulkifli Bin Sulaiman dan Naib Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan iaitu Ustaz Mohd Amin Bin Abdullah.
Sebagai mengikuti langkah penjagaan penularan wabak covid-19 , Kami dikenhendaki datang seawal 8:30 pagi dan berkumpul di dalam Dewan Darul Naim untuk pemereksaan suhu badan. Kami juga diarahkan untuk menjaga jarak sepanjang berada dalam dewan dan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada dalam dewan kecuali semasa membuat perbentangan.
Ketua projek Mafus, Cik Yasmin Binti Mohd Nasir telah membahagi bahagian untuk membuat perbentangan dan saya perlu membentangkan tentang perjalanan kerja projek kami selepas perintah kawalan bersyarat (PKPB). tepat jam 10:10 pagi sesi kami perbentangan bermula dan ia berakhir pada jam 11:15 pagi.
Alhamdulillah perbentangan kami mendapat perhatian luar biasa daripada panel dan kami juga telah mendapat suntikan semangat untuk membuat dengan lebih terbaik untuk diperingkat kebangsaan nanti. Terima kasih diucapkan kepada para panel atas kritikan membina dan kami akan memperbetulkan segala kekurangan kami. Mudah-mudahan kami boleh buat yang terbaik di peringkat kebangsaan nanti Amin.