PUNCAK KEJAYAAN MADRASAH FOR US (MAFUS)

PUNCAK KEJAYAAN MADRASAH FOR US (MAFUS)

Bismillahirahmanirrohim,syukur alhamdulillah projek pembinaan Madrasah Haji Senik telah sampai di puncak kejayaan sebenar.Bersyukur kehadrat illahi kerana Allah mengkurniakan semangat yang berterusan dan kesihatan yang baik kepada semua ahli kumpulan kami.Projek madrasah ini untuk kebaikan penduduk kampung Pak Limah,Salor dan orang awam telah ditubuhkan semula dan beroperasi seperti 5tahun yang lalu dengan aura positif yang baru .Saya merasakan rezeki Allah itu luas ini kerana Allah mempertemukan kami dengan projek ini untuk dijadikan projek Scout of the world Award(SWA) sekaligus dapat berkhidmat kepada Kampung Pak Limah,Salor ini demi kebaikan bersama.Alhamdulillah juga Allah memberi kumpulan yang sangat kuat dan susah untuk berputus asa. Setiap kejayaan harus mempunyai cabaran yang sangat dahsyat.Bagi saya untuk menyiapkan pembinaan madrasah ini merupakan cabaran dan pengalaman luar biasa sepanjang 18 tahun saya hidup dimuka bumi ini.Hal ini kerana saya perlu bijak membahagi masa dan mencari masa yang sesuai untuk membuat pembinaan madrasah ini.Hal ini dikatakan demikian kerana,keluarga saya merupakan orang yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menghantar saya ke tapak projek akan tetapi syukur alhamdulillah saya mempunyai ketua yang sangat menjaga anak buah dan penyayang.Masalah kenderaan kesana tidak menimbulkan isu dan alasan untuk saya berkhidmat kepada masyarakat.Selain itu,pada mulanya keluarga saya kurang bersetuju dan memberi dorongan oleh kerana projek pembinaan ini perlu masa yang banyak untuk keluar ke rumah mencari dana,membangunkan madrasah dan sebagainya.Ini menyebabkan penduduk kampung saya berfikiran sangsi dan merasakan saya seorang yang liar pergi kemana mana menyebabkan keluarga saya disoal.Akan tetapi setelah saya mengedarkan poster kepada seluruh penduduk kampung saya ini menyebabkan pemikiran mereka bertukar dan ada juga menghulurkan bantuan.Mereka juga menyokong dan bertimbang rasa kepada penduduk kampung Pak Limah,Salor.Disamping itu juga,semasa Perintah Kawalan Pergerakan bermula saya tidak dibenarkan untuk keluar rumah,ini sangat memberi tekanan kepada saya ketika itu sebagai media.Saya hanya dapat membantu dari rumah dengan menggunakan instagram dan aplikasi media sosial yang lain supaya tidak memberhentikan kewangan projek tersebut.Sejujurnya saya pernah berputus asa dipenghujung jalan ,hal ini kerana saya merasakan komitment dan kebolehan saya sudah tidak boleh diguna pakai lagi akan tetapi saya bersyukur mendapat ketua dan ahli kumpulan yang banyak memberi dorongan dan semangat.Mereka menasihatkan saya supaya tabah dan tolong tamatkan kejayaan yang telah kita cipta sejak dari awal hal ini kerana panas terik,hujan lebat kita bersama.Ini membuat saya berasaterharu dan tersentuh dengan ayat ahli kumpulan saya lagi-lagi nasihat daripada ketua projek saya menyebabkan saya mengambil dan mencari semula semangat yang hilang dan menyemarakkan semula didalam diri saya. Seterusnya,walaupun projek kami tergendala lebih kurang 3bulan oleh kerana wabak covid-19 ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha menyiapkan projek pembinaan madrasah ini.Penduduk kampung juga sangat memberi komitment yang luar biasa dan turut membantu kami hingga ke penghujung projek pembinaan ini.Penduduk kampung juga amat menghargai perjuangan kami kerana kami membantu mereka supaya tidak perlu ke madrasah yang jauh daripada tempat tinggal mereka.Mereka juga merasa lebih selesa daripada madrasah 5tahun yang lepas ,hal ini kerana madrasah yang sekarang mempunyai kemudahan dan keselesaan yang jauh lebih bagus .Alhamdulillah rezeki penduduk kampung ini dapat merasakan kenikmatan tersebut ini kerana kami memperbaharui mozek,mewujudkan tandas,mengadakan tempat duduk pada bahagian mengambil wudhuk lelaki dan perempuan begitu juga hal hal yang lain. Kami merasa berbangga dan berpuas hati kerana dapat membantu dan berkhidmat kepada masyarakat melalui Anugerah Scout of the world Award(SWA).Melalui projek ini juga saya tidak menyangka bahawa saya akan melakukan kerja-kerja pembinaan seperti mengikat batu-bata sehingga berjaya menaikkan sebuah madrasah.Saya juga tidak menyangka bahawa saya boleh melakukan kerja-kerja buruh seperti berikut.Saya amat bersyukur kerana melalui projek ini saya dapat pengalaman yang tidak semua boleh merasai pengalaman saya.Kawan -kawan saya yang lain juga merasa bangga kerana mereka tidak pernah diberi peluang untuk mendapat pengalaman seperti saya ini. Akhir sekali,saya sebagai media mafus merasa bangga dan bersyukur dengan kesempatan yang diberi oleh Allah untuk berjuang bersama ahli kumpulan saya untuk menolong orang.Saya juga dapat pengalaman mengedit gambar dan mengambil gambar dengan lebih sempurna setelah saya memasuki kumpulan ini.Ini juga dapat mengeratkan lagi saya dengan lebih ramai orang seperti orang-orang Kampung Pak Limah,Salor.Walaupun kami tidak mendapat upah dan kami tidak mengharapkan ganjaran tapi kami hanya mengarapkan keselesaan dan kegembiraan penduduk kampung.Selain itu juga kami mnegharap penduduk kampung memanfaatkan madrasah Haji Senik ini dengan seeloknya.Kami tidak dapat upah ,kami tidak dibayar akan tetapi Insya Allah kami mendapat saham akhirat.

Share via

Share