PRA KAWAD KAKI FIESKOM UTHM
Pada hari Jumaat 15/12/2017, Pengakap Kelanasiswa UTHM telah membuat persediaan untuk Pertandingan Kawad Kaki Semperna Festival Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (FIESKOM). Beberapa badan uniform telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, iaitu PELAPES, SISKOR, SISPA, RELASIS, BOMBA, PBSMM, dan KELANASISWA UTHM akan bersaing dalam acara ini. Pada FIESKOM yang lepas, PENGAKAP KELANASISWA UTHM telah mendapat tempat kedua daripada tujuh buah unit keseluruhannya. Semoga dengan usaha yang telah dilaksanakan, PENGAKAP KELANASISWA UTHM akan dapat mengekalkan atau meningkatkan kejuaraan tempat kedua yang diperoleh pada FIESKOM yang lalu.