PERTANDINGAN KAWAD KAKI FIESKOM UTHM
Malaysia

PERTANDINGAN KAWAD KAKI FIESKOM UTHM

Pada Sabtu (16/12/2017), telah berlangsungnya Acara Perbarisan Pagi dan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bersemperna FESTIVAL KOKURIKULUM (FIESKOM) yang bertempat di Padang Kawad UTHM. Acara ini bermula dengan Acara Perbarisan Pagi yang berkuatan 310 orang yang di barisi PALAPES, SISPA, SISKOR, RELASIS, BOMBA, SUKSIS, dan PENGAKAP KELANASISWA UTHM. Seterusnya, Pertandingan Kawad Kaki bermula pada 9.30 am dan dimulakan dengan Pertandingan Kawad Kaki Formasi yang di sertai oleh dua badan uniform, SISKOR dan SUKSIS. Seterusnya, barulah acara Kawad Kaki Statik yang disertai oleh PENGAKAP KELANASISWA UTHM dan badan-badan uniform yang lain. Pada acara Perasmian Penutup Pertandingan Kawad Kaki, semua badan uniform berbaris dan berkumpul untuk acara penyampaian hadiah. Walaupun tidak memenangi Pertandingan Kawad Kaki, kami tidak kembali dengan tangan kosong, Ketua Pelatun kami memperolehi Anugerah Ketua Pelatun Terbaik.
Youth development hours
8
Location

Share via

Share