PEMBENTANGAN PROJEK MAFUS PERINGKAT NEGERI
Pada 5 September 2020 bersamaan hari Sabtu,mempunyai program Sesi Penilaian & Pembentangan Projek Scout of The World Award peringkat Negeri Kelantan merupakan satu cabaran untuk ahli mafus dan ini merupakan penilaian peringkat negeri bagi meluluskan projek ini keperingkat kebangsaan.Program ini telah dihadiri oleh panel yang arif dan berpengalaman,kami dinilai oleh Tuan Hj Mohamad Nadzree Bin M. Salleh,Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan , Encik Sheriin Bin Shamsudin,Pengerusi Program Pengakap Negeri Kelantan , Encik Mohd Zulkifli Bin Sulaiman Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Kelantan , dan Encik Mohd Amin Bin Abdullah Naib Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan.
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada rakan-rakan dan ahli pengakap yang menghadiri bagi memberi semangat kepada kami sebagai penonton.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kumpulan Madrasah For Us dalam menepati prosedur bagi melayakkan mereka mendapat penganugerahan SWA.Hal ini kerana untuk meluluskan projek ini ke peringkat kebangsaan ,kami perlu menempuhi cabaran peringkat negeri dahulu bagi melayakkan ke peringkat seterusnya.Syukur apabila kami mendapati bahawa pembentangan kami peringkat negeri diluluskan dan layak ke peringkat kebangsaan.