[MAFUS]_Pembentangan Projek Madrasah For Us

[MAFUS]_Pembentangan Projek Madrasah For Us

5 September 2020 jatuh pada Hari Sabtu satu program telah dilaksanakan iaitu Sesi Penilaian & Pembentangan Projek Scout of The World Award peringkat Negeri Kelantan.Program ini telah dihadiri oleh panel yang arif lagi bijaksana iaitu Tuan Hj Mohamad Nadzree Bin M. Salleh,Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan , Encik Sheriin Bin Shamsudin,Pengerusi Program Pengakap Negeri Kelantan , Encik Mohd Zulkifli Bin Sulaiman Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Kelantan , dan Encik Mohd Amin Bin Abdullah Naib Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan.

Tidak dilupakan saudara dan saudari pengakap dan bukan pengakap juga hadir untuk melihat mendengar perkara yang kami bentangkan itu.Tujuan utama program ini adalah memberi peluang kepada kumpulan Madrasah For Us (MAFUS) dalam menepati prosedur bagi melayakkan mereka mendapat penganugerahan SWA.Projek tersebut haruslah dibentang di peringkat negeri sebelum dibentangkan peringkat kebangsaan.

Alhamdulillah setelah 2 minggu kami menunggu markah penilaian akhirnya MAFUS layak untuk membentangkan projek MAFUS ini di peringkat kebangsaan tidak lama lagi.Nantikan Pembentangan seterusnya!!!!      

Topics
Legacy BWF

Share via

Share