MADRASAH FOR US STORY
Syukur Alhamdulilah, akhirnya projek pembinaan semula Madrasah Haji.Senik telah siap sepenuhnya. Saya masih ingat lagi Saya menyertai Bengkel Scout Of The World Award Discovery bertempat di Kem Kijang Kota Bharu Kelantan. Pada tarikh Banyak input yang saya pelajari sepanjang Bengkel swd ini antaranya adalah Sustainable Development Goal, dimana saya mempelajari tentang 17 global goal yang disarankan oleh United Nation.
Disamping itu, saya juga mempelajari tentang program dibawah WOSM iaitu Betterworld Framework yang mana Scout Of The Award juga salah satu daripada program dibawah BWF.
Bermula perjalanan saya menyertai projek ini apabila Ketua Projek ini apabila Ketua Projek Cik Nur Yasmin Bt Mohd Nasir mengajak Saya untuk membantu ahli projek mereka bergotong-royong di Madrasah Hj. Senik kemudian,
Saya diserap masuk ke dalam kumpulan mereka. Pada asalnya kumpulan projek MAFUS terdiri daripada 2 orang kemudian saya bersama 5 orang lagi dapat menyertai kumpulan ini.
Syukur Alhamdulilah projek MAFUS kami mendapat sokongan penuh daripada penduduk kampung Pak Limah dan tujuan pembinaan ini adalah untuk membantu penduduk kampung kembali beribadat di Madrasah ini setelah 5 tahun tidak dapat beribadat disebabkan seuzuran Madrasah.
Banyak ilmu yang kami pelajari sepanjang perjalanan membina Madrasah ini, antaranya ialah kami mempelajari ilmu pembinaan, pendidikan hartanah, dan cara untuk menguruskan sesebuah organisasi.
selain mendapat banyak ilmu baru, banyak juga cabaran yang kami hadapi sepanjang melaksanakan projek ini. Antara yang sukar kami lupakan adalah ketiadaan sumber kewangan untuk meneruskan perjalanan projek. Selain itu, Kami berdepan dengan situasi keadaan cuaca yang tak menentu yang memberi kesan kepada projek kami. kemudian ujian yang dihadapi oleh seluruh penduduk Malaysia iaitu pendamic covid-19. Kami tidak dapat meneruskan projek kami dan ia terbengkalaian selama hampir 3 bulan walaupun projek ini tidak disiapkan pada tahun ini. Alhamdulilah projek ini telah dinilai oleh Ahli Lembaga Penilaian dan Perbentangan Projek Scout Of The World Award Peringkat Negeri Kelantan.
Kami berharap projek ini akan kekal menjadi satu Projek yang boleh memberi manfaat kepada penduduk Kg Pak Limah. Mudah-mudahan usaha murni ini kami dapat perjuangkan sehingga ia menjadi saty Projek yang dapat kekal dan terus meningkatkan keupayaan ke arah kesejahteraan penduduk.
Kami juga berharap Projek ini akan disenaraikan sebagai Projek yang boleh dinilai di Peringkat kebangsaan kelak. Insya ALLAH. AMIN.