KMK 3A PPM KLM17/ IPGKTI
Aktiviti Membuat Anduh
Pada hari kedua perkhemahan kursus kayu manik 3A iaitu hari Jumaat ( 20 Julai 2018), sekawan coklat telah melaksanakan ujian keris perak dan ujian keris emas. Kami telah diberi taklimat tentang ujian tersebut. Ujian ini dilaksanakan dalam bentuk permainan stesen. Saya dan rakan saya telah membuat anduh tangan dengan mengingat kembali latihan -latihan yang diberikan pada waktu kursus pengakap dahulu. Semasa saya membantu rakan saya mengikat anduh pada tangan rakan saya, saya telah menggunakan lipatan buku sila kerana lipatan ini adalah sangat kemas, rata dan tidak mudah lucut. saya telah mendapat pengalaman dalam membuat anduh yang sangat rapi dan kemas. saya juga telah mempelajari nilai kerjasama dengan menolong rakan saya untuk membuat anduh. Saya juga yakin bahawa saya akan menjadi pemimpin pengakap yang berbakat.