THE HISTORY OF MAFUS

THE HISTORY OF MAFUS

Pertama kali saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat menjayakan dan menyelesaikan projek SWA iaitu Mafus yang sudah dinanti-nanti akhirnya siap sepenuhnya. Terima kasih kepada ahli kumpulan kami dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa melaksanakan projek ini selama 8 bulan termasuk musim yang tidak mengizinkannya itu Covid-19 dalam fasa PKP.Kami juga berterima kasih kepada majikan - majikan yang sentiasa menyokong projek kami ini. Tidak lupa juga kepada penduduk kampung tersebut yang turut membantu kami tidak kira penat lelah walaupun terpaksa redah panas terik dan hujan lebat.
Sebermulanya perjalanan projek kami ini apabila kami menyertai bengkel scope of the word word discovery ini diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu pada 24 hingga 27 April 2019. Dalam bengkel ini saya diajar dan diberi pendedahan tentang SWA,SDG BWF dan lain-lain lagi. Dalam SDG saya banyak belajar perkara-perkara yang dapat diterapkan dan dipelajari untuk membentuk sesebuah negara yang cemerlang dan terbilang yang diasaskan oleh United Nations.  17 global goal yang kami pelajari benar-benar berguna untuk kami gunakan di dalam membentuk sesebuah projek komuniti yang mampu memberi impak yang luar biasa dan berterusan kepada komuniti.
Perjalanan projek kami bermula apabila kami membuat tinjauan di kampung Pak Limah Salor di mana terdapat sebuah madrasah yang usang, uzur dan hampir roboh. Kami difahamkan madrasah ini sudah hampir 5 tahun tidak berfungsi dan ia menyebabkan penduduk kampung terpaksa berulang alik dari kampung  Pak Limah ke madrasah kampung sebelah untuk beribadat terutama pada bulan Ramadan. Kami membuat keputusan untuk membaiki pulih semula Madrasah tersebut menjadi lebih baik daripada sebelum ini hampir 90% kami perlu perbaikinya dan kami semua membuat gotong-royong bersama penduduk kampung tersebut dan juga beberapa ahli kumpulan Blackflurry Pasir Mas turut membantu. Selepas gotong-royong kami terus membaiki madrasah tersebut dengan bantuan yang diterima oleh majikan yang sudi memberi dengan percuma dan juga sedikit wang hasil daripada sumbangan majikan dan individu dari bentuk segi kewangan kemudian membeli barangan barangan yang diperlukan. Sepanjang itu, kami dibantu oleh tukang rumah yang profesional turut mengajar kami cara pembinaan yang betul dan tepapt iaitu mengikat bata, menggaul simen membuat beam dan banyak lagi. Pada waktu itu, kami sangat berasa susah dengan kerja buruh ini kerana permulaan baru buat kami. Selepas itu, dunia telah dilanda virus iaitu Coronavirus di seluruh negara. Oleh itu, Malaysia telah mengeluarkan arahan lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sebarang bentuk pergerakan tidak dibenarkan sekali termasuk pembinaan pada waktu itu kami berasa tidak dapat menyiapkan juga kerja ini sebelum bulan puasa akibat Covid-19. Ini demi keselamatan dan kesihatan semua dan beberapa bulan kemudian kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan baru iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) yang mengikut syarat-syarat tertentu dari segi pembinaan kerajaan membenarkannya dengan pembinaan yang hampir siap sebanyak 70% .Dari mula itu kami semua bermesyuarat dan membahagikan kerja masing-masing mengikut kesesuaian dan yang tinggal berdekatan Madrasah sahaja dibenarkan membuat kerja pembinaan bagi menghadkan suasana perkerjaan. Saya yang tinggal jauh dari madrasah tersebut agak jarang ke sana membuat kerja tapi tidak mengapa kerana pada masa itu sudah hampir siap kami membinanya sebanyak 60-70%. Saya bercadang untuk membuat pagar hadapan madrasah dengan ilmu saya ada ia boleh sumbangkan kepada madrasah dan meringankan beban dari segi kewangan. Di samping itu saya juga turut membantu kerja pembinaan seperti plaster dinding, menampal mozek, membuat tandas dan sebagainya.Dan akhirnya merasa dapat diselesaikan juga dalam masa tujuh hingga lapan
Sepanjang melaksanakan projek ini kami bukan sahaja berpeluang menimba banyak ilmu dan pengalaman baru bahkan kami juga tidak lari dari menghadapi banyak cabaran dan ujian sepanjang proses menyiapkan projek MAFUS ini.  Antaranya ialah kekurangan masa sepanjang membangunkan madrasah tersebut kerana pada waktu itu saya berada menjalani latihan industri yang saya perlu habiskan fasa pengajian saya di Politeknik. Sememangnya saya perlu menguruskan masa waktu kerja pembinaan MAFUS dengan latihan industri saya. Alhamdulillah saya dapat juga menguruskannya dengan baik. Selepas itu saya dapat tawaran kerja di syarikat Poslaju dalam musim PKP yang memerlukan pekerja dan pada waktu itu memang saya perlukan duit untuk sara hidup tapi semua itu tidak menghalang saya untuk teruskan kerja saya di madrasah tersebut itu sahaja yang saya tidak dapat lupakan dan membuat saya menjadi seseorang yang bijak mengurus masa.
Mudah-mudahan projek mampus ini akan menjadi satu projek yang boleh memberi inspirasi kepada pengakap dan belia-belia lain. Didoakan agar keputusan pembetangan kami di peringkat negeri dapat menjadi tiket untuk kami mara ke peringkat kebangsaan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat memberi sumbangan dan sokongan kepada kami dari permulaan projek hingga ke akhirnya. Kami mohon doa dari semua agar kami dapat membuat pembentangan yang terbaik dan diharapkan projek ini akan kekal memberi manfaat kepada penduduk Kampung Pak Limah Salor dan komuniti setempat. Insya Allah.

Topics
Personal safety
Legacy BWF
Partnerships

Share via

Share