Ayuh !! Kursus Manikayu 2019 ( Pengenalan )
Program ini telah berlangsung pada 06 hb April 2019 bersamaam hari Ahad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang "Apa itu Manikayu".
Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia.
Antara slot pembelajaran sepanjang kami berada disana terdiri daripada 7 Slot iaitu :-
1. Tujuan dan Dasar Kepengakapan
2. Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
3. Dasar Keagamaan
4. Rekod dan Dokumen Kumpulan
5. Skima Latihan Kepimpinan
6. Sejarah Kepengakapan
7. Pakaian Seragam Pengakap
Seramai 120 orang peserta yang terdiri dari pelbagai daerah termasuk 5 orang wakil daripada Daerah Johor Bahru. Diakhir kursus ini, kami telah belajar banyak perkara berkenaan "Kepengakapan" disamping mengetahui Proses-proses dalam mendapatkan kalungan butir atau dalam kata lain bagi mereka yang menghabiskan latihan ini akan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kulit. Penerima Manikayu itu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.
Alhamdulillah, kami telah berjaya mendapatkan tiket awal dalam Kursus Manikayu ini dan dalam perancangan kami untuk menjalani Kursus Manikayu Peringkat 1 yang akan diadakan kelak.
Sekian sahaja daripada saya, Assalamualaikum dan Terima Kasih .
Disediakan oleh,
Muhammad Farid Bin Hamzah,
( Krew Kelana L Johor Bahru )
Youth development hours
8
Location
Topics
Partnerships
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Global Support Assessment Tool
SDGS