Sambutan Bulan Keamanan Antarabangsa

Sambutan Bulan Keamanan Antarabangsa

Setelah ditunda akibat keadaan jerebu yang agak teruk yang dialami oleh Daerah Bentong, Kumpulan Ke 50 Daerah Bentong akhirnya dapat menjalankan aktiviti Sambutaan Bulan Keamanan Antarabangsa pada 29 September, 2019. Program ini diseratai oleh 48 ahli kumpulan yang dijalankan di kawasan sekolah SMA Agama Persekutuan Bentong (SUPERB). Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat mengenai International Peace Day 21 September dan Climate Change for Peace oleh pemimpin pasukan semasa Istiadat Perhimpunan Pagi. Seterusnya, pasukan menjalankan aktiviti latihan Compass dan Bearing. Aktiviti ala-mencari harta karun ini mengfokus kepada ahli untuk merangka aktiviti Mencari Harta Karun yang akan menerapkan aktiviti Alam Sekitar di setiap check point. Ahli pasukan juga telah memberi akujanji untuk melakukan tindakan secara individu untuk membantu gerakan Climate Change dengan menulis akujanji pada sekeping kertas dan gambar bukti diambil. Adalah diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

Number of participants
48
Service hours
288
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share