Malaysia

Project SWA (Shoes Rack for School) Part 4

Penilaian projek Shoes Rack for School dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan rak kasut yang dihasilkan dalam menyelesaikan masalah murid yang meletakkan kasut secara berselerak di luar pusat sumber sekolah. Penilaian ini penting dilaksanakan untuk menguji sejauh mana rak kasut dapat memberi kemudahan untuk meletakkan kasut murid dengan lebih teratur di luar pusat sumber sekolah.

Rak-rak kasut yang siap dihasilkan diangkatkan ke pusat sumber sekolah untuk menilai keberkesanan rak kasut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru pusat sumber sekolah.  Para guru mengajar murid memanfaatkan penggunaan rak kasut dengan baik. Murid-murid belajar menyusun kasut sekolah dengan teratur dan kemas di dalam rak kasut. Gambar mengenai sebelum dan selepas projek dilaksanakan ditangkap bagi membuat perbandingan dan penilaian tentang keberkesanaan melaksanakan projek ini.

Melalui pemerhatian, murid-murid dapat meletakkan kasut dengan kemas dan teratur di dalam rak kasut. Selain itu, murid-murid dapat mengurangkan masalah kesesakan laluan di sekitar kawasan penyimpanan kasut dan juga memupuk budaya kemasan diri yang berkekalan. Sementelahan itu, projek ini memudahkan proses pencarian kasut murid-murid dan mengurangkan masa yang diambil untuk mencari kasut sendiri sehingga mengatasi isu murid salah memakai kasut rakan dengan lebih efektif.

Melalui pelaksanaan projek ini, kami telah mempelajari kepentingan mengembangkan kreativiti dan menunjukkan kecekapan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita perlu bijak menjalankan jalan penyelesaian seperti menghasilkan rak kasut untuk membekalkan tempat penyimpanan kasut murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru pusat sumber sekolah. Bukan itu sahaja, kami turut mempelajari cara memanfaatkan semula bahan-bahan yang ada untuk menghasilkan produk yang bermanfaat.

Started Ended
Number of participants
2
Service hours
96
Beneficiaries
292
Location
Malaysia
Topics
Interpersonal skills
Initiatives
Environment and Sustainability
Skills for Life

Share via

Share