Program Motivasi Menggapai Impian 1

Program Motivasi Menggapai Impian 1

Pada 3 hingga 4 Mac 2016 yang lalu, seramai 29 ahli pengakap KLM 21 telah terlibat dengan Program Kem Motivasi "Menggapai Impian" di SK Sungai Tok Pawang. Program ini merupakan Kem Motivasi siri 1 bagi sekolah ini. Dalam Program ini, seramai 220 orang murid dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah mengikuti program motivasi ini. Dalam kem ini, kami telah berkhidmat sebagai Helpers. Secara peribadinya, saya sendiri telah terlibat sebagai pengendali bagi sesi Ice Breaking dan juga Penceramah bagi Sesi Motivasi Menggapai Impian. Sesungguhnya, pengalaman ini amat bermakna sebagai seorang Pengakap. Hal ini adalah kerana, saya bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan, malah saya juga dapat membina keyakinan diri sebagai seorang Pemimpin Pengakap pada masa akan datang. Semoga segala input yang saya peroleh dalam program ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Started Ended
Number of participants
250
Service hours
3000
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share