PROGRAM A DAY FOR HEAVEN KIDS
Ahli Kelanasiswa yang mengambil bidang Pendidikan Khas mengadakan aktiviti bersama-sama kanak-kanak berkeperluan khas dari beberapa buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Program ini diadakan di Universiti Sains Malaysia. Program ini mendapat sambutan yang baik oleh pihak sekolah dan juga ibu bapa kanak-kanak tersebut. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi.