Program Bubur Asyura SK LKTP Jengka 5, Maran Pahang

Program Bubur Asyura SK LKTP Jengka 5, Maran Pahang

Program Bubur Asyura ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan dari semua warga SK LKTP Jengka 5 , murid-murid dan Jawatankuasa PIBG. Seramai 35 orang guru termasuk kakitangan sekolah, 25 orang murid tahun 6 dan 5 orang AJK PIBG telah bertungkus lumus seawal jam 4.00 pagi bagi menyediakan juadah istimewa ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama pihak sekolah dengan PIBG serta memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tradisi mengacau bubur asyura yang dilaksanakan pada setiap tahun. Aktiviti yang melibatkan kerjasama pihak sekolah dengan komuniti setempat ini adalah sangat wajar diteruskan setiap tahun agar silaturrahim dan hubungan erat dapat dijalinkan. Aktiviti tradisi ini juga dapat mendidik murid-murid agar memahami semangat kerjasama dan toleransi dalam sesuatu aktiviti.
Number of participants
65
Service hours
195
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share