PROGRAM ASAS PERTOLONGAN CEMAS DALAM SETIAP RUMAH
Pada 9 April 2017 yang lalu,seramai tujuh orang ahli pengakap kelana dan seorang pemimpin telah menyertai Program Asas Pertolongan Cemas dalam setiap rumah anjuran Perpustakaan Awam Labuan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Malaysia Merah Malaysia WP Labuan.
Pelbagai ilmu asas pertolongan cemas telah diajar oleh para pegawai terlatih seperti Encik Paul dan Encik Asnan.Sebagai contoh,cara balutan anduh,praktikal cara melakukan CPR dengan betul dan cara menyelamatkan mangsa yang tercekik.Selain itu,para peserta turut diajar cara-cara mendapatkan bantuan kecemasan.
Seterusnya,setiap peserta dibekalkan dengan kain anduh dan buku pertolongan cemas yang diberikan secara percuma oleh Persatuan Bulan Sabit Malaysia Merah Malaysia WP Labuan.Para peserta turut diberikan sijil penyertaan yang mempunyai tempoh sah laku selama 3 tahun.