Perkhemahan Kursus Ketua Sekawan/Ketua Patrol Daerah Kuala Muda Tahun 2016
Pada 26 hingga 27 Februari 2016 yang lalu, seramai 18 ahli Pengakap KLM 21 telah menjadi Helpers bagi Perkhemahan Kursus Ketua Sekawan/Ketua Patrol Daerah Kuala Muda Tahun 2016 di Kem Merbok Indah, Merbok, Kedah. Perkhemahan ini disertai oleh 309 orang peserta meliputi PKK, PM, dan PR. Dalam perkhemahan ini, kami telah menjalankan tugas dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah, membantu jawatankuasa makanan, membantu jawatankuasa khemah dan penginapan peserta, serta membantu mengendalikan aktiviti. Terdapat banyak aktiviti yang telah kami kendalikan seperti Istiadat Laung Agong, Pertolongan Cemas Asas, Ikatan, Asas Kawad Kaki, Lagu-Lagu Pengakap, Permainan Kanak-Kanak, Cerita Hutan, Undang-Undang dan Persetian Pengakap, serta banyak lagi akiviti yang diadakan semasa Program tersebut. Secara peribadinya, saya telah ditugaskan dalam beberapa perkara seperti mengendalikan sesi moral, menjadi fasilitator kumpulan dan memantau setiap stesen aktiviti. Perkhemahan kali ini amat menyeronokkan dan telah memberikan banyak input berguna kepada kami.