Merdeka Walk Clean Up The Beach 3.0
Tujuan utama program ini adalah untuk mendidik peserta tentang alam sekitar, supaya sedar akan kepentingannya. Peserta bergotong royong membersihkan kawasan Taman Negara Pulau Pinang, dalam masa yang sama terdapat juga 10 check point di mana setiap check point mempunyai aktivitinya yang tersendiri. Program ini disertai oleh pelbagai lapisan iaitu pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja dan kelana.