MELUANGKAN MASA BERSAMA ANAK YATIM/FAKIR MISKIN
Pada hari Sabtu iaitu pada tarikh 29 April 2017 jam 9 pagi lebih kurang . Bertempat di Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar (MAIDAM) , Batu Rakit . Di bawah anjuran Pasukan Pengakap Kelana D Kuala Terengganu . Dengan syukur nikmat yang Tuhan kurniakan , apa yang telah dirancang oleh Tuan Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut iaitu Pemimpin Kelana D serta sahabat perjuangan dan pihak MOP telah berjalan dengan penuh jaya dan gilangnya . Walaupun hanya meluangkan sedikit masa dengan aktiviti ice breaking bersama adik-adik di asrama mereka , ini juga pasti sudah dapat membahagiakan hari mereka . Program ini selesai sehingga jam 12 tengahari . In shaa Allah ada masa kita berjumpa lagi . Semoga kita semua terus maju jaya dalam setiap urusan . Terima kasih kepada pihak yang terlibat . We Love Scout ♡ "Sekali Pengakap Selamanya Pengakap"