Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) Peringkat Kebangsaan Zon Sabah 2019
Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan serta pengalaman berkaitan pengurusan dan pentadbiran sebagai pengendali MoP kepada semua peserta yg terlibat. Kursus ini bermula 01 hingga 03 November 2019 iaitu mengambil masa selama tiga hari dan dua malam.
Kursus ini diadakan di Scout Nature Park (SNP), Sandakan. Daerah Sandakan mempunyai bandar yang kedua terbesar di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu. Sandakan juga mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong-pelancong sama ada dalam atau luar negera. Ini termasuklah SNP sebagai pusat aktiviti pengakap yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Terbaru, SNP mempunyai Taman Arnad sendiri yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Awang Zaini Bin Haji Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 01 September 2019 yang lepas.
Seramai 80 orang peserta yang menyertai kursus ini terdiri daripada Timbalan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin dan Kelana. Kesemua peserta yang terlibat adalah berasal dari pelbagai daerah di negeri ini.
Pelbagai aktiviti yang telah diatur oleh pihak penganjur termasuklah aktiviti suai kenal, pengenalan MoP, Suitable Development Goals (SDG), pendaftaran WOSM (scout.org), penyediaan kertas kerja serta pelan tindakan. Penerangan aktiviti atau slot dikendalikan oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman dan dibantu oleh tiga orang lagi petugas.
Keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja dapat melahirkan koordinator yang baru tetapi dapat melahirkan penggerak pengakap yang mempunyai semangat yang membara yang akan menjadi tulang belakang kepada keamanan masyarakat, negara dan dunia.