KOLOKIUM ANTARABANGSA KEPEMIMPINAN PENGAKAP 2015
Objektif kolokium diadakan adalah untuk:
i. memberi ruang kepada pemimpin pengakap mengembangkan idea kepemimpinan melalui aktiviti kepengakapan;
ii. menjana ilmu kepengakapan sebagai wadah ke arah pembinaan insan yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi;
iii. menilai dan menambah baik gaya kepemimpinan dan latihan untuk memartabatkan bidang kepengakapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
iv. menjadikan gaya kepemimpinan pengakap sebagai penanda aras kepemimpinan organisasi sosial; dan
v. menerapkan kesedaran tentang kepentingan hubungan serta perpaduan antara negara serantau melalui kepengakapan.