KLKM UMT INTRODUCTION CAMP (KIC) 2015 di Hutan Lipur Chemerong di Dungun, Terengganu
Pada 22 -24 Oktober 2015, KLKM Laut UMT telah mengadakan kem keahlian kepada ahli-ahli yang baru sahaja mendaftar KLKM UMT pada tahun ini. Antara objektif kem ini adalah memberikan pendedahan kepada ahli-ahli yang baru akan tujuan Pergerakan Pengakap Kelana Malaysia dan Antarabangsa. Tambahan pula, program yang disusun dalam kem ini adalah selaras dengan Lencana Keahlian Skim Latihan Pengakap Kelana itu sendiri. Kem ini telah dirasmikan penutupnya oleh Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman selaku Penilaian Keahlian Kelana dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu Hal Ehwal Antarabangsa.