KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA 2017
Malaysia

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA 2017

Kempen Derma Darah sempena Hari Pengasas Pergerakan Pengakap Dunia 2017 pada 25 Februari 2017 bertempat di Pasaraya TESCO telah menganjurkan Kulim Pasukan Pengakap Kelana ‘A’ Daerah Kulim. Kempen ini juga turut mendapat kerjasama dari Majlis Belia Daerah Kulim dan Komuniti Radio Amatur Kulim (ASTRA). Kempen ini juga diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Pengakap iaitu Lord Baden-Powell yang disambut pada 22 Februari setiap tahun. Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan bekalan stok darah serta mendekatkan masyarakat bersama pengakap setempat. Suasana semasa program dijalankan adalah sangat menggalakkan. Kempen bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 5.00 petang. Seramai 25 ahli pasukan pengakap kelana dan komuniti radio amatur terlibat semasa program tersebut dan turut menderma darah. Selain itu, pergerakan pengakap pada masa kini bukan dilihat atau dikenali melalui aktiviti perkhemahan semata-mata, malah pengakap juga memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat selaras dengan cogan kata Pengakap Kelana iaitu ‘Berkhidmat’. Kempen derma darah kali ini berjaya mengumpul seramai 83 orang penderma.
Number of participants
25
Service hours
12
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share