Jambori on The Air (JOTA) Malaysia 2016
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan telah menganjurkan JOTA Malaysia pada 6 Ogos 2016 bertempat di Dewan Terbuka, Sek Keb Mantin, Negeri Sembilan. Seramai 350 orang ahli Pengakap dan pemimpin telah hadir dan diberi pendedahan tentang apa itu radio amator dan tatacara berkomunikasi di udara.
Program ini berlansung dengan jayanya hasil kerjasama antara PPMNS, Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC) dan pihak pentadbir Sek Keb Mantin.
Callsign : 9M4CRN
Stesen Master : Rosli Hassan (9M2RHQ)
Stesen Manager : Adha Fikris (9W2LFC)