Bersama Memelihara Bumi
September 2019, SK Bukit Kuari : Seramai 4 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Soga terlibat dalam aktiviti bulan keamanan ini. Murid perlu memikirkan alat permainan yang boleh dihasilkan menggunakan bahan terbuang. Dalam altiviti ini murid telah menghasilkan kenderaan yang terhasil dari botol. Aktiviti ini melibatkan beberapa Sekolah sekitar Batu Pahat dan mereka menghasilkan pelbagai jenis alat permainan yang berbeza. Program ini bagus kepada murid kerana ia memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan bumi dengan memanfaatkan bahan terbuang untuk dijadikan alat permainan yang boleh diguna dan dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.