BERSAMA GANYANG AEDES
Sk Kuala Sentol telah menganjurkan program gotong royong membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi memastikan persekitaran sekolah selamat dan murid terhindar daripada serangan demam denggi.
Gpk Hal Ehwal Murid yang menganjurkan program ini tidak melupakan komuniti sekitar. Penglibatan daripada ahli pibg dan jkk kg Kuala Sentol menampakkan kesungguhan pihak sekolah melaksanakan program ini.
Program ini juga melibatkan pegawai Klinik Kesihatan Kuala Sentol.
Semoga dengan program sebegini dapat memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan warga sekolah dan ahli komuniti kg Kuala Sentol.