SWA DISCOVERY WORKSHOP (Zon Utara)
Saya bersama 7 orang wakil dari Kelantan menghadiri Bengkel Scout Of The World Award (SWA) Discovery Zon Utara di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH), Kedah Darul Aman. Peserta seramai 103 orang terdiri daripada beberapa buah negeri yang hadir. Bengkel/Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam.
Scout of the World Award Discovery merupakan langkah pertama untuk mencapai Scout of The World Award (SWA). Selain itu, bengkel ini juga bertujuan mendapatkan Passport. Passport ini merupakan perkara wajib sebelum memulakan projek SWA. Passport ini hanya boleh dimiliki setelah menghadiri 'SWA Discovery'.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa saya menghadiri bengkel ini. Antaranya adalah mengecat dewan, membuat kerusi dan meja dan banyak lagi. Kami juga diberi taklimat dan pendedahan tentang SDG. Selama bengkel ini berjalan banyak benda baru yang saya pelajari dan pengalaman saya dalam membentangkan cadangan projek bersama kumpulan.