Rangkaian Keamanan Pengakap Diteruskan Di Labuan

Rangkaian Keamanan Pengakap Diteruskan Di Labuan

Salam Pengakap. Seramai 27 orang Pemimpin Pengakap Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya mengikuti kursus khas Koordinator Messenger of Peace. Kursus tersebut telah dilaksanakan pada 28 hingga 29 April 2018 bertempat di Bilik Kuliah, Labuan International School (LIS). Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang kursus tersebut ialah menambah pengetahuan tentang keperluan menyampaikan mesej keamanan menerusi pergerakan Pengakap. ia juga telah membuka ruang dan peluang penglibatan Pengakap yang bukan sahaja bersifat tempatan, malahan merentasi sempadan etnik, kaum, negeri dan agama. Dengan peluang sebegini, akan menjadikan Pengakap lebih bernilai tambah dengan penglibatan pelbagai pihak dan membuka peluang pelaksanaan aktiviti yang lebih kreatif. Terima kasih.
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
324
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share