PROJEK PERKHIDMATAN PENGAKAP KUMPULAN 01 WANGSA MAJU
Malaysia

PROJEK PERKHIDMATAN PENGAKAP KUMPULAN 01 WANGSA MAJU

Nama saya adalah Kee Huai Shen dari Pengakap SMJK CHONG HWA Kumpulan 01 Wangsa Maju dan jawatan saya adalah pengerusi.Kami telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan komuniti semasa berada di Kem Buddha selama 7 hari yang dipimpin oleh Pn Te Ah Theen, penyelaras Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia, pemimpin Troop dan Adc Wangsa Maju. Seramai 17 orang ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA turut menjalankan sumbangan komuniti dengan tetapan berikut:

Tarikh: 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019

Masa: 12 tengah hari hingga 12 tengah hari

Tempat: Canaan Valley, Taman Tasik Teratai, 48200 Serendah, Selangor, Malaysia

Peserta: 100 orang penganut Agama Buddha dari China, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia

Jawatankuasa pelaksana: 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Perstauan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia

                                       18 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia, Kumpulan 01 Wangsa Maju 

PPPM Kuala Lumpur:

Kami telah bekerjasama menjalankan tugasan-tugasan yang ditetap dan disuruh seperti pendaftaran, pelayan, membantu dapur, pembersihan kawasan makanan, pembersihan kawasan dapur, pembahagian air, persembahan malam kebudayaan dan sebagainya dengan penuh bertanggungjawab dan sukarela. Kami saling membantu dan meningkatkan daya kendiri supaya tugasan yang dibuat lebih lancar dan sempurna.Kami telah dipuji dan disukai oleh kebanyakan guru-guru dan penganut-penganut Agama Buddha.Saya juga ingin berterima kasih kepada seorang pakcik dan duo orang makcik yang selalu mengajar dan membantu kami dalam persediaan dan pelayanan makanan.Projek ini dijalankan dengan berjaya dan semua ahli pengakap yang turut menyertainya juga dapat meluaskan pengetahuan dan pandangan mereka.Akhir sekali, saya berharap bukan saya tetapi semua ahli pengakap di Malaysia boleh menyumbangkan tenaga dan usaha mereka dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang seperti yang berikut pada masa hadapan.Sekian, terima kasih.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
42
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share