PPNBD MENGANJURKAN PROJEK JOM DERMA BUKU
Bersempena dengan sambutan Hari Buku Sedunia 2019 (World Book Day 2019) dan sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia (Scout’s Founder Day, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam melalui Bahagian Pengakap Kelana (Rover Scouts Section) menganjurkan Projek Jom Derma Buku (Let’s Donate Book Project) bertempat di Dewan Serbaguna (Multipurpose Hall) Tingkat 5, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Hadir bagi meramsikan Kempen Jom Derma Buku (Let’s Donate Book Project) ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba selaku Tetamu Kehormat Majlis.
Turut sama hadir di dalam perasmian projek berkenaan ialah Timbalan Yang Di-Pertua , Pengiran Wahab bin Pengiran Haji Hassan; Ketua Pesuruhjaya Pengakap Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Awang Haji Zali bin Arshad; Pesuruhjaya Antarabangsa (International Commissioner), Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip; Ahli-Ahli Majlis Pengakap Kebangsaan dan Ahli Majlis Pengakap Daerah; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap, Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan penolong-penolong pemimpin pengakap dan juga ahli-ahli Pengakap Kelana (Rover Scouts).
Projek Jom Derma Buku akan bermula dari 22 Februari 2019 hingga 20 April 2019. Diantara buku yang akan diderma adalah buku-buku rujukan sekolah, buku motivasi, buku agama dan buku fiksyen. Buku-buku berkenaan akan diserahkan kepada perpustakaan-perpustakaan yang terpilih di negara ini. Orang ramai yang ingin menyumbangkan buku bolehlah menyerahkan di Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam pada setiap hari Isnin hingga hari Sabtu pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 4.30 petang manakala bagi hari Jumaat pula dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi sahaja.