Pertandingan Fotografi sempena Bulan Keamanan Sedunia bertemakan "Membina Keamanan Bersama"

Pertandingan Fotografi sempena Bulan Keamanan Sedunia bertemakan "Membina Keamanan Bersama"

Bersempena dengan Bulan Keamanan Sedunia (BKS), PPM Daerah Batu Pahat telah menganjurkan satu pertandingan fotografi peringkat daerah yang bertemakan "Shaping Peace Together" atau dalam bahasa "Membentuk Keamanan Bersama". Banyak aktiviti terbatas sewaktu pandemik berlaku dan Malaysia tidak terkecuali. Namun, itu bukanlah satu halangan bagi tidak menyambut BKS. Objektif pertandingan ini adalah untuk meraikan hari keamanan dengan menyebarkan belas kasihan, kebaikan dan harapan dalam menghadapi pandemik. Selain itu, pertandingan ini juga dapat menyemai minat seni fotografi dalam kalangan ahli serta menyebarkan mesej keamanan melalui gambar. Diharap melalui pertandingan fotografi yang dijalankan, ahli pengakap daerah Batu Pahat dapat menyahut objektif sambutan bulan keamanan sedunia pada tahun ini. Seramai 38 orang ahli pengakap daerah Batu Pahat, Johor terlibat dalam menjayakan pertandingan ini yang telah berlangsung pada 20 September hingga 28 September. Seramai 8 orang pemenang telah dipilih dari semua penyertaan yang telah dihantar. Saya sebagai penganjur berasa gembira dan teruja dengan sambutan serta hasil fotografi yang telah dihasilkan oleh para peserta. Ternyata walaupun usaha yang dilakukan nampak kecil tetapi tetap memberi impak kepada orang di sekeliling dengan memberi kesedaran dan mesej keamanan melalui gambar. Saya secara individu berharap keamanan di dunia dan Malaysia khususnya dapat dikekalkan demi masa depan anak bangsa.

Number of participants
38
Service hours
228
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share