Pengorbanan 39 Orang Pengakap Malaysia
Cerita kali ini mengisahkan tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh 39 orang peserta termasuklah saya diantara peserta-peserta tersebut untuk mendapatkan penganugerahan manik kayu kanak-kanak. Kenapa cerita ini dikatakan pengorbanan 39 orang peserta ? hal ini kerana setiap peserta berkorban masa dan waktu untuk menjalani kursus ini supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang kepengakapan kanak-kanak malah untuk mendapatkan penganugerahan manik kayu kanak-kanak. Perkara ini menunjukkan pengorbanan kerana seperti yang disenaraikan tarikh kursus ini merupakan tarikh yang istimewa iaitu hari raya deepavali yang mana merupakan antara hari perayaan utama yang disambut di malaysia. Namun 39 orang pengakap ini telah mengorbankan masa untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tentang kepengakapan kanak-kanak malah mendapat penganugerahan manik kayu kanak-kanak.
mesti tertanya-tanya bagaimana kursus ini boleh dianjurkan dan dapat memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam kursus ini ? bermulanya saya mengikuti perkhemahan pengakap suatu ketika dahulu telah menarik minat saya untuk mengetahui lebih tentang kepengakapan maka saya dan peserta lain berusaha untuk memujuk dan memohon kepada pensyarah kami untuk membuat kursus ini. Pensyarah kami iaitu En Amir Hamzah Bin Aman yang merupakan Persuruhjaya kebangsaan.
Kursus ini dianjurkan di sebuah tempat templer park rawang yang mana merupakan salah satu tempat perkhemahan pengakap dilakukan. di tempat ini kami dapat melakukan pelbagai aktiviti untuk melengkapi latihan-latihan sama ada daripada segi teori mahupun amali. aktivti yang dilakukan ditempat ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan tentang kepengakapan.
Setelah 6 hari kami berkampong dan bertapa di templer park rawang ini kami berjaya menjalani kursus manik kayu kanak-kanak dengan jayanya. namun penganugerahan akan diberikan pada bulan april 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Pelbagai pengalaman dan kenangan yang indah dapat saya katakan yang telah saya lalui selama 6 hari di kursus ini. antaranya kami beberapa orang peserta telah mengalami masalah yang mana terpaksa bertahan kesakitan alahan gatal atas kesan air sungai yang agak kotor. namun dengan sifat dan rasa cintanya akan pengakap kami mengambil keputusan untuk terus berjuang dan meneruskan perjalanan kursus ini sehingga ke akhirnya.