Pasukan Latihan Setiu Bersidang
Mesyurat Jawatankuasa Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu kali pertama telah berlangsung pada 27 Februari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Semangat Padi, PPD Setiu (Lama), Terengganu. Seramai 8 orang ahli jawatankuasa latihan hadir bagi membincangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan skim latihan Pengakap, kursus manikayu, dan aktiviti-aktiviti Pengakap.
Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh En. Kamaruzzaman Bin Kadir, Pengerusi Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu. Perbincangan telah ditangguhkan pada pukul 5 petang setelah 3 jam bersidang.