MoP Melebar Luas ke Pulau Mutiara Laut China Selatan.
Pada 28 & 29 April 2018 yang lalu,Kursus Kordinator Mesengger of Peace (MoP) telah dilaksanakan di Pulau Mutiara Laut China Selatan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan. (PPMWPL).Kursus ini dijalankan di Labuan International School (LIS) selama dua hari.Seramai 27 orang pemimpin pengakap telah menyertai kursus ini.
Kursus ini adalah buat julung kalinya diadakan di Pulau Mutiara ini.Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bahawa pentingnya menjaga keamanan di kalangan ahli pengakap serta menyebarkan masej keamanan kepada seluruh dunia.Pelbagai pengisian kursus telah dilaksanakan. Antaranya sesi suai kenal,Pengenalan MoP,SWA dan WSEP,Pendaftaran WOSM, memuat naik gambar dalam facebook MoP,Pengiraan jam,Gerak kerja Pangkalan MoP,Pengurusan MoP,Hakcipta & Harta Intelek MoP,Penyediaan dan pembentangan KertasProjek,Pelan Tindakan dan Aku Janji MoP.
Kursus ini disampaikan oleh DR Amir Hamzah bin Aman,Tuan Adha bin Fikris dan dibantu oleh Cik Yee Ting.Pegawai ini merupakan Pegawai Khas dari Persekutuan Pengakap Malaysia.Sepanjang dua hari berkursus banyak ilmu-ilmu kepengakapan telah dikongsi bersama antaranya tarian MoP, tepukan pengakap yang kreatif, permainan puzzle dan tarian Alooee.Dengan adanya aktiviti seperti ini, boleh membuatkan kita berasa gembira dan hilang stress setelah lima hari bekerja.
Sepanjang kursus ini,apa yang menariknya ialah semua peserta didedahkan dengan prosedur kertas kerja sebelum melaksanakan satu-satu aktiviti.Dalam kursus ini,setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk merancang satu aktiviti berdasarkan kertas kerja yang dibuat bersama.Melalui ini,banyak pencerahan yang diperolehi daripada DR Amir Hamzah Bin Aman,selaku penceramah slot tersebut.Banyak kaedah dan prosedur yang betul telah dijelaskan.Bagi saya ini satu ilmu yang sangat berharga.
Sebagai penutup tirai kursus,Majlis Perasmian dan Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhomat Dato' Seri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan.Beliau berbesar hati dengan menghadiahkan sehelai topi dan wogel kepada semua peserta kursus.Dengan rasa terima kasih kami kepada Yang Behormat Dato', kami telah mempersembahkan Tarian MoP .Akhir kursus, semua peserta berasa gembira dan mengabadikan kenangan ini dalam kehidupan harian masing-masing.