MoP for the better future
Satu kursus kejurulatihan Messenger of Peace (MoP) Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat Institut Perguruan Malaysia telah dianjurkan oleh Encik Amir Hamzah (koordinator antarabangsa) dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas. Kursus ini terdiri daripada 36 peserta ahli pengakap dari pelbagai IPG dan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam yang diadakan di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan koordinator terlatih dalam menyebarluaskan lagi MoP di Malaysia terutamanya dalam kalangan guru bagi menjaga keamanan sejagat bermula dari sekolah rendah. Pada hari pertama kursus, pendaftaran dan sesi suai kenal telah dijalankan dalam suasana yang seronok dan gembira dengan aktiviti "ice breaking" menggunakan permainan "Brain Freeze" serta "Saya Cakap Awak Buat". Semua peserta kelihatan menikmati suasana harmoni yang diperolehi melalui aktiviti tersebut dan sesi perkenalan menjadi lebih mesra. Seterusnya, pengenalan mengenai MoP diteruskan oleh Encik Amir dan semua peserta mendapat pendedahan penting dan mendalam mengenai gerak kerja MoP yang sebenar dalam menjaga keharmonian dunia.