Mesyuarat Pertama Majlis Pesuruhjaya PPM Daerah Setiu
Permulaan yang baik bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu kerana dapat bersidang & bermesyuarat buat pertama kali pada tahun 2019. Mesyuarat ini dijalankan pada 13 Januari 2019 bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. Sebilangan besar Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu hadir ke mesyuarat ini termasuk Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu.
Menyuarat pada kali ini membincangkan perancangan program-program Pengakap bagi daerah Setiu untuk tahun 2019. Di samping itu, kesemua Penolong Pesuruhjaya Pengakap menerima watikah perlantikan bagi sesi 2019. Terdapat tambahan Penolong Pesuruhjaya Pengakap pada tahun ini bagi merancakkan lagi pergerakkan Pengakap di daerah Setiu.