Majlis Pesuruhjaya PPM Daerah Setiu Bersidang Lagi
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu buat kali -2 pada tahun 2019. Mesyuarat ini dijalankan pada 3 Mac 2019 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Permaisuri, Setiu. Sebilangan besar Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu hadir ke mesyuarat ini.
Menyuarat pada kali ini membincangkan perancangan program-program Pengakap bagi daerah Setiu untuk tahun 2019 yang akan datang seperti Kursus Ketua Patrol dan hal-hal berkaitan program yang telah dijalankan. Perbincangan ini telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam dan selesai pada pukul 5 petang