Let' Scouting Together!
Seramai 38 PKK telah menyertai Kursus Koordinator Messangers of Peace (MoP) pada 21-23 November 2018, selama 3 hari 2 malam di IPGKBA, Kuala Lumpur. Selama 3 hari, PKK dapat mengenali MoP dengan lebih teliti seperti PEACE bermaksud banyak kepada masyarakat. Sebagai seorang koordinator MoP, kami hendaklah melakukan PEACE kepada negara kita iaitu Malaysia. Sebagai contoh, PKK boleh menglibatkan diri dalam program sukarela yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat. Terdapat satu aktiviti yang kami jalankan membawa maksud yang dalam kepada saya, iaitu aktiviti networking. Aktiviti memerlukan kerjasama anatara setiap kumpulan supaya bola tersebut dapat ditegakkan di tengah-tengah network. Walaupun terdapat banyak halangan dalam proses mendirikan network tetapi melalui aktiviti ini, semua PKK boleh bertoleransi antara satu sama lain, kumpulan yang pertama akan meluangkan ruang yang banyak supaya kumpulan seterusnya dapat masuk dengan senang. Aktiviti bukan sahaja memerlukan kerjasama ahli kumpulan sendiri tetapi menglibatkan semua ahli yang menyertai dalam aktiviti ini. Oleh itu, partnership sangat penting dalam kehidupan kita, perkara tidak dapat dijalankan dengan lancar tanpa kerjasama semua ahli. Sebagai serang koordinator yang qualified selepas menyertai kursus ini, saya akan bertanggungjawab menyebarkan message MoP kepada satu masyarakat, tempat, sekolah dan juga negara.