Labuan Mencetuskan Utusan Keamanan Pertama

Labuan Mencetuskan Utusan Keamanan Pertama

Idea keamanan yang dicetuskan oleh Pesrsekutuan Pengakap Wilayah Labuan melalui Program " Messenger of Peace" (MoP) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya setelah mengambil masa yang begitu lama untuk dilaksanakan di Labuan. Program ini telah diadakan di Labuan International School pada 28 dan 29 April 2018. Program ini telah melibatkan seramai 24 orang pemimpin wakil daripada sekolah rendah dan menengah yang terdapat di W.P labuan. Program ini telah dilaksanakan selama 2 hari seawal pukul 8 pagi sehingga 11 malam. Kursus ini merupakan usahasama yang dimeterai di antara PPM dan Labuan International School dan mendatangkan penceramah Khas Kebangsaan yang diketuai oleh DR. Amir Hamzah bin Aman, Tun Adha Fikris dan Ms. Yee Ting. Pelbagai pengisian telah digarap sepanjang berlangsungnya program keamanan ini termasuklah sesi suai kenal yang menarik, pendaftaran WOSM, kaedah pengiraan jam yang betul, procuder untuk mendapatkan lencana dan skaf, gerak kerja berpangkalan pada peringkat Daerah ataupun negeri, aktiviti berkumpulan yang pelbagai, penerangan mengenai pembentangan projek, membuat kertas kerja sebelum melaksanakan projek serta banyak lagi. Majlis penutupan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri W.P Labuan turut menjayakan Majlis adalah wakil Pengetua Labuan International School iaitu En. Rizuan Asmarah, Penolong Pesuruhjaya Daerah Zon 2.
Started Ended
Number of participants
24
Service hours
288
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share