KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2019
Pada 17 Ogos 2019 (Sabtu), telah berlangsungnya satu program kursus pengurusan jenazah dengan kerjasama pihak Masjid At-Taqwa, Perumahan Dato' Shah Bandar, Peramu Jaya 2, Kampung Jambu, 26600 Pekan, Pahang. Program ini telah disertai seramai 100 orang yang terdiri dari siswa DRB-Hicom University of Automotive dan juga masyarakat setempat. Objektif program adalah untuk berkongsi ilmu pengurusan jenazah kepada pelajar dan juga masyarakat setempat supaya lebih mengetahui persediaan ketika menguruskan jenazah.
Antara tentatif program tersebut adalah:
8.00am - Berkumpul di kawasan perkampungan pelajar DRB-Hicom University
8.30am - Bergerak ke Masjid At-Taqwa
8.45am - Pendaftaran
9.00am - Teori mengenai cara pengurusan jenazah yang betul
10.30am - Rehat
11.00am - Amali pengurusan jenazah
12.00pm - Makan Tengah Hari
12.30pm - Majlis Penutup