Kursus Kordinator MoP Zon Sabah Peringkat Kebangsaan 2019
Program Messengers of Peace merupakan program yang menjurus kepada menjadikan dunia yang lebih baik. Setiap lapisan masyarakat adalah utusan kepada keamanan namun bergantung bagaimana mereka melakukan dan mengerjakan ia. Pada 1 hingga 3 November 2019 bertempat di Scout Nature Park Sandakan, saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti Kursus Kordinator Messengers of Peace Zon Sabah Peringkat Kebangsaan. Seramai 90 orang terlibat dalam kursus ini termasuklah Peserta, Petugas dan Jurulatih-jurulatih yang diterbangkan khas ke Sabah untuk menjayakan kursus kali ini. Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah merupakan penutup tirai bagi kursus ini sebagaimana dikatakan oleh Dr. Amir Hamzah iaitu Kordinator MoP Kebangsaan, beliau menghabiskan masa selama 7 tahun untuk menamatkan kursus ini di semua negeri di dalam Malaysia.