Keindahan Muzik diaplikasikan dalam diri Pengakap !
06 November 2019, Rabu - Program Pioneer Massenger Of Peace (MoP) telah dilaksanakan dengan lancar di Sekolah Kebangsaan Jaya Baru, Kinabatangan. Program ini lebih menjurus kepada muzik untuk keamanan. Selain itu, Program ini adalah untuk memberi lebih pendedahan mengenai muzik dan keamanan kepada para peserta. Seramai 212 murid telah melibatkan diri dalam program tersebut. Terdapat 8 orang guru yang turut terlibat semasa program ini dijalankan. Bukan itu sahaja , 7 orang petugas daripada Pasukan Pengakap Kelana Udara B Kinabatangan (Banzai Rovers) telah menghadirkan diri untuk menjadi petugas semasa program tersebut. Program ini bertujuan agar para peserta dapat mempelajari kelebihan alat muzik dalam kehidupan seharian mereka. Muzik juga dapat menjadikan persekitaran menjadi lebih aman damai jika digunakan dengan cara yang betul.