KEAMANAN LABUAN, KEAMANAN LABUAN, PEACE ....PEACE

KEAMANAN LABUAN, KEAMANAN LABUAN, PEACE ....PEACE

Wilayah Persekutuan Labuan dilanda keamanan. Tanggal 28 hingga 29 April 2018 tarikh bersejarah dalam pelaksanaan Kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) di Wilayah Persekutuan Labuan. Dr Amir Hamzah Bin Aman, Tuan Adha Fikris dan Cik Yee Ting merupakan nadi penggerak utama dan melakarkan sejarah baru dengan membawa MoP ke Labuan. Perjalanan kursus selama 2 hari ini telah diadakan di Labuan International School Wilayah Persekutuan Labuan. Antara pengisian lain sepanjang kursus ini termasuklah pendaftaran WOSM, pengiraan jam & Facebook MoP, hak cipta & harta intelek MoP, kaedah memuat naik, gerak kerja berpangkalan, pengurusan MoP, penyediaan kertas projek, pelan tindakan dan aku janji MoP. Seramai 24 pemimpin pengakap Wilayah Persekutuan Labuan mengikuti program ini. Pelbagai aktiviti seperti permainan, tepukan, lagu-lagu MoP dan Tarian MoP yang mengandungi elemen Joget dan Inang dipersembahkan oleh peserta-peserta kursus ini. Matlamat utama kursus ini mendidik semua peserta tentang peranan keamanan dalam semua perkara sekaligus menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai koordinator yang akan mempromosikan MoP ini kepada seluruh ahli-ahli pengakap di Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato’ Seri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Di Pertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Peserta telah memperolehi sijil tamat kursus, lencana dan skaf MoP. Semua peserta gembira mengikuti kursus ini. Peace for Labuan.
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
324
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share