Easy Peacy
Salam Pengakap semua :) .Pada 21 November 2018, dari jam 1400 sehingga 2000 telah diadakan program Easy Peacy di Dewan Kuliah Institut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa. Kursus yang bertujuan memberi pendedahan kejurulatihan MoP kepada bakal pendidik ini dapat menyuntik semangat kepengakapan. Kursus ini melibatkan tempoh 8 jam dengan penyertaan seramai 34 peserta dari 5 IPG iaitu IPG Bahasa Antarabangsa, IPG Ilmu Khas, IPG Raja Melewar, IPG Batu Lintang dan IPG Perlis. Ilmu ini akan diaplikasi pada masa hadapan apabila berada di sekolah kelak. Slot pada hari ini disampaikan oleh Tuan Amir Hamzah dan dibantu oleh Cikgu Yee Ting. Dalam masa sama idea berkenaa MoP digarap bersama oleh sekumpulan ahli Easy Peacy