Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Assalamualaikum dan Salam Pengakap. Pada tanggal 21 hingga 23 November 2018, Kumpulan Latihan Pengakap Malaysia anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia telah mengadakan satu kursus Messenger of Peace ( MoP) buat julung kalinya di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan umum, kursus ini diadakan untuk melatih siswa dan siswi guru dalam melibatkan diri dalam koordinator MoP. Objektif utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan siswa dan siswi guru tentang kepentingan keamanan, kecintaan, keharmonian serta perpaduan dalam masyarakat dalam kehidupan seharian.
Malahan, kursus ini juga melibatkan pelbagai Institusi Pendidikan Guru di Malaysia antaranya IPG Kampus Perlis, Bahasa Antarabangsa, Ilmu Khas, Raja Melewar dan juga Batu Melintang. Tambahan pula, seramai 34 orang siswa dan siswi guru yang turut menjayakan kursus MoP peringkat IPGM ini.