Di Bawah Bayu, kami berkhemah!
Perkhemahan Pengakap Di Bawah Bayu Pantai Barat Selatan dilaksanakan di PANTAI ODEC, UMS pada tarikh 16 hingga 20 Ogos 2018. Seramai 950 peserta yang menyertai perkhemahan ini termasuklah Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana dan para Pemimpin serta Penolong Pemimpin yang hadir seluruh Sabah. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini antaranya khidmat masyarakat, lawatan, flying fox, abseiling dan macam-macam lagi. Majlis Penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah iaitu Encik Arunarnsin B. Taib dengan jayanya.