Arabic Teaching for Community in Indonesia - Scouts for SDGs 2018
Program "Arabic Teaching for Community" yang diadakan pada 25 November 2018 di Taman Pendidikan al-Quran AL-IKHSAN Ponorogo, Indonesia mempunyai objektif yang tersendiri, iaitu memupuk semangat kemasyarakatan dalam diri pengakap dan bukan Pengakap Malaysia, di samping mendidik murid-murid di Ponorogo, Indonesia dalam pembelajaran bahasa Arab. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan melalui program ini antaranya Arabic Conversation & Interactive Game.
Selain itu, program ini dapat melatih para pelajar yang terdiri daripada pengakap dan bukan Pengakap Malaysia untuk berkomunikasi serta berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Dalam masa yang sama, kemahiran lain juga dapat dipupuk seperti kemahiran kepimpinan, bekerja secara berpasukan, semangat kekeluargaan dan toleransi antara pasukan dan masyarakat yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
HASIL PEMBELAJARAN
Program ini bertujuan untuk:
- Mengaplikasikan kemahiran komunikasi bahasa arab yang telah dipelajari di dalam kuliah.
- Melatih para pelajar untuk berani menggunakan bahasa Arab dalam kehidupan seharian mahupun di luar masa pembelajaran.
- Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang dapat menyumbang bakti kepada masyarakat global melalui pengajaran bahasa Arab.